Monday, February 12, 2018

kebajikan18

membuka tahun 2018 dengan agenda baru untuk manusiawi, agenda kebajikan daripada jualan khatkaligrafi dan tulisan jawi, 5% hingga 20% boleh dirundingkan cuma tentukan design bersama dipersetujui atau pilih design tersedia utk dinobat sebagai produk kebajikan, terserah tuan/puan

stickerBasmalah..

framed Basmalah..
..

Monday, December 18, 2017

lamanjawi لامن جاوي

*****official*****
 
Assalamualaikum wr wb.
LAMANJAWI
..konsep LAMANJAWI (LJ) adalah ruangsantai luar rumah yg tampilkan koleksi tulisanjawi dan khatkaligrafi utk tatapan sendiri dan/atau tetamu, sambil nikmati udara luar dan deru airterjun atau kelibat ikan guppy dan hijau daun bambu yg mungkin menari-nari di tiup bayu pagi mahupun senja.. hirup sama secawan kopi atau teh pilihan serta sepiring sarapan pagi atau minum petang.. jika ada masa sila manjakan tapakkaki dengan mini refleksologi, bolehjuga sekadar melirik flora dan fauna sekitaran.. jika ingin rakamkan kenangan boleh swafoto di pangkin utama atau mini berlatarbelakang fiturdinding, jua boleh pilih salahsatu karya yg ada..

******bahan-bahan******

 
 
>tulisanjawi dan khatkaligrafi diketengahkan di sini, pada..
  
a.dinding [termasuk feature wall berlogo LJ],

b.tiangseri,
c.kekisi pangkin utama,
d.dedahan pohon bamboo,
f.dinding airterjun ke kolam air bersama ikan guppy,
g.(agenda tambahan: mini refleksologi, mini pangkin dan bangku, (replika) rumahlampu terbalik, meja kitarsemula berbumbungkhat, dan.. gerbang Basmalah. selain flora-flora pilihan..
 
*sesuai diadaptasikan di semua lamanrumah seluruh Malaysia, dengan tampilkan khatkaligrafi tulisanjawi sebagai factor utama..
 
sekian.
 
***foto***

(wallfeature1, logo #lamanjawi )
(dedahanbamboo)
(expo@wall) & replica rumahterbalik)
(mini #pangkin )
(#tiangseri )
(#airterjun )
(waterfallwall..)
 


Thursday, July 27, 2017

sebelumdanselepas

beberapa design yg dilukis..

Wednesday, June 7, 2017

UmrahRamadhan1438hijrah

Allah izinkan pakcik jejak kaki ke alharamain dan hari ini, waktu ini diberi peluang ke-tiga kembali ke Malaysia #negaraku.. selepas  buat kali pertama dapat buat umrahramadhan.. الحمد لله!
 
****************************

antara tulisanjawi dan khart yang ditemui ialah..

(lafaz Basmalah dalam tulisan khart koufi fatimy di pintu utama #masjidilharam)

(kalimah ALLAH disalahsatu tianglampu di luar masjid, kawasan Jebel Omar)

Friday, January 20, 2017

al-asma-ul-husna

Alhamdulillah, dipermudahkan Allah jua, siap sudah projek99 melukis dan editan serta cetakan diikuti frame nama-nama Allah yang 99 yang dihasratkan rakan di YuKeEm, selama kurang 99 hari proses editan dan frame lengkap, akhirnya sampai ke cinta sejati nya.. beberapa foto sempat merakam..


Wednesday, July 13, 2016

mengail@bangkok

assalam..
awal Jun lepas admin berada di bangkok, thailand untuk promosi jawi di sana, sepanjang separuh hari, sempat buat pameran, dan terima satu tempahan nama jawi spontan..